CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Know me..

My photo
'SEKALI MENDIDIK, SELAMANYA MENDIDIK' Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out (Carr and Kemmis 1986: 162).

Friday, May 1, 2009

Kuliah 2 : Rekabentuk kajian tindakan

Pembelajaran kali ini mendedahkan pelajar dengan rekabentuk kajian iaitu :

1) Rancangan
2) Tindakan
3) Pemerhatian
4) Refleksi


















Kurt Lewin models of action research
























Aktiviti 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, refleksi ke atas masalah dalam diri anda.

1) Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
2) Rancang pelan tindakan untuk menambah baik.
- matlamat umum
- Senarai objektif
3) pelan tindakan
- nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
- Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
- Bagaimana ingin pantau apa yang dirancang dilaksanakan
- Bagaimana ingin menilai apa yang dilaksanakn tercapai
_______________________________________________

Penambahbaikan yang perlu dilakukan :
1) Meningkatkan sifat kepimpinan
2) Mengurus masa dengan bijaksana
3) meningkatkan kreativiti dan menjana idea-idea bernas secara spontan.

Matlamat umum : Menjadi seorang pendidik yang versatil dan holistik
Objektif : 1) lebih bersifat kepimpinan dan berkeyakinan menjadi seorang ketua
2) Menjadi seorang yang menghargai masa
3) Boleh menjana idea -idea yang bernas

langkah yang perlu diambil :
1) bersusaha menjadi seorang ketua, jadi boleh menguji pengurusan masa
2) banyak membaca supaya ilmu bertambah dan boleh menyumbang idea yang baik

Bagaimana mengumpul data :
1) Bertanya kepada kawan rapat.

Bagaimana ingin pantau apa yang dirancang dilaksana :
1) sediakan cheklist mengenai apa yang dirancang dan selalu semak cheklist berkenaan
2) Pastikan sendiri apa yang dirancang betul2 dilaksana
3) minta kawan pantaukan, bagi sokongan dan nasihat.

Bagaimana ingin menilai apa yang dilaksana tercapai :
1) apabila telah menemui keyakinan untuk menjadi seorang pemimpin
2) apabila semua kerja dapat diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan, menunjukkan saya telah berjaya mengurus masa dengan betul.
3) apabila dapat menyumbang saran idea-idea yang bernas

Menjadi seorang pendidik menuntut pengorbanan yang tidak terhingga. Allah tidak akan mengubah seseorang itu, melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya. Semoga kita semua mendapat kebaikan dalam apa jua yang kita lakukan, InsyaAllah... ;)


Aktiviti 2

Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama.
( 1 kumpulan 3 orang) Lantik ketua, pencatat dan pembentang
Ketua : Noriza Mohammed Jidin
Pencatat : Nur Baiti Anum Shafie
Pembentang : Siti Nur Aini Alias

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar
- Refleksi ke atas masalah/ penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.
- cadangkan satu strategi/ kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

____________________________________________

Masalah

1) Kurang interaksi antara guru dan pelajar semasa mengajar
- lebih menumpukan perhatian kepada slide
- Banyak membaca slide daripada memberi penerangan
- Tidak mengadakan kontak mata dengan pelajar

2) Proses P&P membosankan kerana guru tidak berjaya menarik minat pelajar
3) Penggunaan BBM yang tidak sesuai dengan tajuk yang di ajar.
4) Tidak menggunakan BBM untuk membantu proses pengajaran.
5) Lemah dalam pengurusan masa menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan.


Strategi/kaedah

1) melakukan persediaan yang cukup sebelum mengajar supaya boleh memberikan penerangan dengan jelas beserta contoh-contoh yang menarik.

2) Tidak bergantung sepenuhnya kepada slide. Gunakan slide sebagai panduan untuk memandu penerangan sahaja dan bukannya bergantung sepenuhnya kepada slide tersebut.

3) Memperbaiki cara menyoal di dalam kelas, supaya guru tidak bertanya dan menjawab sendiri soalan yang ditanya. Beri pelajar masa untuk berfikir mengenai jawapan sebelum mendapatkan maklum balas mereka.

0 comments: