oleh Dr. Izham
Konsep perubahan dalam pendidikan..
Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia mengahadapi cabaran masa depan. Perubahan dalam pendidikan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Jenis perubahan
Terdapat 4 jenis perubahan
1) Perubahan kearah peningkatan
2) Perubahan Strategik organisasi
3) Perubahan reaktif
4) Perubahan akibat daripada jangkaan
Sebab perubahan
- Persaingan pesaing baru yang muncul
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
- Perubahan dalam trend tenaga kerja
Perubahan adalah kompleks
perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.
Evolusi- Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
Revolusi- Perubahan yang pantas.
Perubahan itu multidimensi
Terdapat 6 dimensi :
1) Tujuan perubahan
2) Unit perubahan
3) Sifat perubahan
4) magnitud perubahan
5) skop perubahan
6) Jangkamasa perubahan
Model-model perubahan
1) Model Penggabungan Roger
2) Model kauter
3) Model Rand
4) Model ACOT
________________________________________________
Aktiviti ( Kerja Kumpulan)
Senaraikan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara-cara penyelesaian.
Sebab menentang perubahan.
1) Berasa tidak selesa dan tidak pasti dengan perubahan yang dilakukan
2) Tidak dapat memenuhi perubahan yang drastik.
3) Tidak sempat mencapai objektif, perubahan yang baru telah dilakukan.
4) Sudah selesa dengan keadaan yang sedia ada.
5) Perubahan yang tidak sesuai dengan jiwa.
6) Menyentuh sensitiviti sesetengah masyarakat.
7) Mengambil mudah dan tidak mahu berfikir
8) Tidak mempunyai maklumat yang cukup berkenaan perubahan tersebut.
Cara penyelesaian.
1) Berfikiran terbuka dan positif untuk berubah.
2) Berubah menjadi seseorang yang mahukan kemajuan dan peningkatan kualiti hiidup.
3) Bersedia fizikal dan mental untuk melakukan perubahan kearah kebaikan.
4) Melakukan perubahan dalam jangkamasa yang sesuai dan bukannya secara drastik.
5) Mendapatkan maklumat yang tepat dan betul berkenaan perubahan tersebut.
6) Sentiasa bersikap positif dan ingin meningkatkan kualiti dalam hidup.
Know me..
- eZza
- 'SEKALI MENDIDIK, SELAMANYA MENDIDIK' Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out (Carr and Kemmis 1986: 162).
Monday, May 11, 2009
Kuliah 3 : Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan
Posted by eZza at 9:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment