CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Know me..

My photo
'SEKALI MENDIDIK, SELAMANYA MENDIDIK' Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out (Carr and Kemmis 1986: 162).

Sunday, April 26, 2009

Tugasan 1

Tugasan 1: Ulasan buku kajian tindakan (individu): Tarikh akhir: 25 Mei 2009- Dapatkan 1 buku dalam bahasa Inggeris tentang kajian tindakan
- Sila ulas buku
-Reka bentuk kajian tindakan
-Pengumpulan dan penganalisisan data
-Laporkan dalam blog individu

Peratusan 10%
_____________________________________________











Nama Pengarang : Geoffrey E. Mills
Tahun Terbitan : 2007
Tajuk Buku : Action Research : A guide for the Teacher Researcher
Nama Penerbit : Pearson Merrill Prentice Hall
Negeri Penerbit : Upper Saddle River, New Jersey




Ulasan Buku Kajian Tindakan

1. Konsep Kajian Tindakan

Dalam bahagian pertama buku ini penulis membincangkan mengenai konsep kajian tindakan. Kajian tindakan adalah kajian yang dilakukan oleh guru-guru, kaunselor sekolah, atau lain-lain pihak mengenai pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Kajian tindakan ini melibatkan empat proses iaitu mengenalpasti kefokusan kajian, mengumpul data, menganalisis dan interpretasi data dan membina rancangan tindakan.

Kajian tindakan merupakan agen dalam membuat perubahan dalam pendidikan. Kajian tindakan juga membantu membina sikap professional guru. Dengan kata lain, proses kajian tindakan memperkasakan guru dalam penyelidikan. Buku ini di tulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam melakukan kajian tindakan dan mengajar kajian tindakan

Di dalam buku ini, penulis membuat perbandingan mengenai kajian tradisional (Traditional Research) dan juga kajian tindakan berdasarkan persoalan ;Apa, Siapa, di mana, Kenapa dan Bagaimana.


Siapa?

Kajian Tradisional - dilakukan oleh professor, pelajar yang melibatkan eksperimen
dan kumpulan kawalan.
Kajian Tindakan - Dilakukan oleh guru terhadap pelajar-pelajarnya.

Di mana?

Kajian Tradisional - Dipersekitaran yang mana pembolehubah boleh dikawal
Kajian Tindakan - Disekolah dan bilik darjah

Kenapa?

Kajian Tradisional - untuk melaporkan dan menerbitkan satu kesimpulan yang
boleh digunakan dalam populasi yang besar
Kajian tindakan - untuk mengambil tindakan dan kesan yang positif dalam
persekitaran sekolah yang spesifik.

Bagaimana?

Kajian Tradisional- menggunakan kaedah kuantitatif untuk menunjukkan kesignifikanan, sebab-akibat, dan hubungkait antara pembolehubah.
Kajian tindakan- menggunakan kaedah kualitatif untuk menerangkan mengenai apa yang terjadi dan memahami kesan daripada sesetengah intervensi pendidikan.


2. Reka bentuk kajian tindakan


Terdapat banyak model dan panduan yang telah diketengahkan oleh penulis yang boleh diguna pakai oleh guru-guru. Antaranya adalah :
1) Model Kurt Lewin (1952) yang menerangkan proses kitaran ‘spiraling’ yang merangkumi proses merancang, melaksanakan, dan memantau.

2) Stephen Kemmis ( 1988) yang menerangkan proses kajian tindakan ‘spiral’ yang merangkumi cirri-ciri model Lewin. Model Kemmis melibatkan pemantauan, perancangan, langkah pertama,refleksi, berfikir semula dan penilaian.

3) Emily Calhoun (1994) menerangkan kitaran kajian tindakan yang merangkumi pengumpulan data, pengolahan data, analisis dan mengambil tindakan.

4) Gordon Wells (1994) memperkenalkan ‘Idealized Model’ iaitu melibatkan proses pemerhatian, pengolahan, pengubahan perancangan, tindakan, dan ‘the practitioner’s personal theory’ yang dinyatakan oleh kitaran kajian tindakan.

5) Richard Sagor (2000) menyatakan tujuh langkah yang merangkumi proses memilih focus, teori, mengenalpasti persoalan kajian, pengumpulan data, penganalisaan data, pelaporan data, dan tindakan terhadap keputusan kajian.

6) Ernest Stringer (2004) menerangkan ‘Action Research Helix’ yang merangkumi proses melihat, berfikir, dan mengambil tindakan .

7) John Creswell (2005) menyatakan kajian tindakan sebagai dinamik, fleksibel yang melibatkan proses berikut: mengenalpasti jika kajian tindakan adalah design yang paling baik untuk digunkan, mengenalpsti masalah untuk dikaji, mengenalpasti maklumat yang berkaitan, pengumpulan data, menganalis data, membina rancangan untuk kajian, dan melaksanakan serta membuat refleksi.

8) Cher Hendricks (2006) menyatakan bahawa kajian tindakan mengikut prinsip ‘systematic inquiry based on going reflection’.

Kesemua model ini mempunyai populariti yang berbeza bergantung kepada cara mana ianya diaplikasikan. Sebagai contoh model-model ini telah diaplikasikan dalam pertanian, kesihatan, kerja sosial dan pembangunan komuniti. Jelas menunjukkan model-model ini mempunyai elemen yang sama iaitu permasalahan atau ‘area of focus’ (pengenalpastian fokus kajian), pemerhatian atau pemantauan (pengumpulan data), sintesis maklumat yang dikumpulkan ( analisis dan interpretasi data) dan juga tindakan. Penulis akan memberi penekanan terhadap elemen-elemen ini di dalam keseluruhan penulisannya di dalam buku ini.

3.Pengenalpastian fokus kajian

Pada bahagian ini penulis memberi penekanan kepada panduan pengenalpastian idea umum dan fokus kajian tindakan. Prosedur membuat ‘reconnaisance’ juga diterangkan dan panduan membuat sorotan literatur menggunakan alam maya seperti ERIC, internet, bahan kepustakaan dan pencarian jurnal juga diterangkan. Penulis juga menerangkan mnegenai cara bagaimana membuat perancangan untuk kajian tindakan.

‘Reconnaisance’
Langkah yang penting dalam melaksanakan kajian tindakan adalah ‘reconnaisance’ ataupun pengumpulan awal maklumat. Terdapat tiga bentuk melakukan proses ini iaitu refleksi kendiri, deskriptif dan penerangan.


Pelan kajian tindakan
Penulis juga memberi panduan kepada mengenai perancangan kajian tindakan yang akan dibuat. Terdapat beberapa langkah iaitu :

1) Menulis pernyataan kefokusan kajian
2) Menyatakan pembolehubah
3) Membina persoalan kajian
4) Menyatakan langkah mengatasi dan inovasi
5) Menyatakan ahli kumpulan kajian tindakan
6) Menyatakan unsur yang perlu dititik beratkan
7) Membuat jangka masa kajian
8) Membina pernyataan sumber
9) Membina idea pengumpulan data

4.Teknik pengumpulan data

Di dalam buku ini, penulis menerangkan mengenai kaedah pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif yang boleh digunakan.

Di antara teknik pengumpulan data secara kualitatif yang dibincangkan oleh penulis adalah melalui :

Pengalaman – melalui pemerhatian dan nota lapangan
- Pemerhatian aktif
- Pemerhati pasif

Pertanyaan – apabila penyelidik bertanya
- Temubual secara tidak formal
- Temubual berstruktur
- Borang soal selidik

Pemeriksaan – menggunakan dan membuat rekod
- Dokumen
- Jurnal
- Peta
- Audiotape dan video tape
- Artifak
- Nota lapangan

Penulis juga memberi penekanan terhadap teknik pengumpulan data kuantitatif yang biasa digunakan oleh penyelidik kajian tindakan.

Di antara teknik pengumpulan data kuantitatif adalah seperti

- ‘teacher made-test’
- ‘standardized test’
- ‘laporan kemajuan sekolah
- skala sikap
- skala likert
- perbezaan semantic ‘ semantic differential’.

5. Kesahan dan kebolehpercayaan

Selain itu, penulis juga menerangkan mengenai kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan dalam usaha untuk menentukan kualiti sesuatu kajian tindakan. Penyelidik kajian tindakan iaitu guru khususnya perlu memahami konsep ini dengan sebenarnya.

Kesahan ‘validity’ merujuk kepada darjah atau pemerhatian saintifik yang mana mengukur apa yang sepatutnya diukur. Penulis juga menerangkan mengenai strategi untuk menjamin kesahan sesuatu kajian tindakan Walcott iaitu :
- Kurang bercakap, banyak mendengar
- Merekod dengan tepat
- Membuat penulisan awal
- Memberi respon
- Menulis dengan tepat

Manakala, kebolehpercayaan ‘reliability’ pula adalah konsistensi pada data yang diukur. Ujian yang sah adalah yang reliable manakala, ujian yang reliable tidak semestinya sah.

6. Interpretasi dan penganalisaan data.

Selepas mengumpulkan data, langkah seterusnya adalah penganalisaan data dan membuat interpretasi mengenai data yang telah dikumpulkan. Apa yang boleh disimpulkan dan hasil dapatan diterjemahkan ke dalam bentuk yang sesuai dan senang difahami. Penulis juga menyatakan mengenai pentingnya interpretasi data dan pentingnya untuk berfikir ‘ bagaimana aku boleh memberi makna kepada data ini?’. Penulis menerangkan bagaimana membuat analisis dan kesimpulan mengenai data yang diperolehi.

Diantara langkah-langkah yang dibincangkan oleh penulis mengenai teknik menganalis data adalah :
- Mengenalpasti tema
- Mengekod tinjauan, temubual dan kaji selidik
- Menganalisis temubual
- Soalan kunci- siapa, apa, dimana, kenapa dan bagaimana.
- Membuat sorotan organisasi sekolah
- Membina peta konsep
- Menanalisis anticident dan konsekuen
- Menghebahkan hasil
- Nyatakan perkara yang tertinggal/terlepas pandang.

Selain itu, teknik menginterpretasi data yang dibincangkan oleh penulis adalah :
- Melanjutkan analisis dengan meningkatkan persoalan
- Menghubungkaitkan penemuan dengan pengalaman sendiri
- Meminta pandangan membina daripada kawan-kawan.
- Penemuan kontektual dalam literature.
- Berbalik kepada teori

7.Etika kajian tindakan (research ethics)

Etika kajian perlu dipatuhi oleh setiap guru yang melakukan kajian tindakan. Kajian mestilah di bina berdasarkan kepada kepercayaan diantara penyelidik dan peserta. Peserta mestilah menyertai kajian di atas kerelaan sendiri dan bukannya secara paksa. Peserta juga mesti mengetahui mengenai latar belakang kajian dan sedar akan kemungkinan bahaya atau musibah yang mungkin akan berlaku kepadanya.

8. Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini

Secara keseluruhannya, buku ini sangat baik di jadikan bahan bacaan dan rujukan kerana maklumat yang diberikan adalah dalam bentuk yang senang difahami. Ia juga menyelitkan pengalaman penulis sendiri dalam membuat kajian tindakan. Pada setiap permulaan tajuk juga disertakan contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh guru-guru yang boleh dijadikan rujukan kepada kita. Selain itu, buku ini juga menyediakan bahan mengenai bagaimana ingin membuat penulisan kajian tindakan dan bagaimana mempersembahkan data dalam bentuk visual yang senang difahami dan lebih efektif. Penulis juga membuat ringkasan idea dalam bentuk jadual konsep yang amat mudah difahami.

0 comments: