CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Know me..

My photo
'SEKALI MENDIDIK, SELAMANYA MENDIDIK' Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out (Carr and Kemmis 1986: 162).

Sunday, April 26, 2009

Kuliah 1 : Kajian Tindakan dalam Pendidikan

Kajian tindakan adalah kajian yang berbentuk kualitatif yang menggunakan fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Peraturan yang perlu di patuhi dalam kajian tindakan adalah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan berurutan dalam bentuk gelungan.

Dalam kajian tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya.

Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.
Melalui pemerhatian terhadap aktiviti p&p dalam bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk melihat kelemahan dan kekuatan aktiviti yang di laksanakan.

Contohnya.
Guru menjalankan kajian berkenaan keberkesanan ABM yang di gunakan dalam bilik darjah. Sekiranya ABM yang di gunakan tidak sesuai dan tidak membantu proses p&p dalam bilik darjah, guru tersebut perlulah mengubah ABM yang di gunakan ataupun mengubah strategi yang di gunakan.Kajian tindakan terhadap strategi yang baru perlu dilakukan untuk melihat keberkesanannya sehinggalah strategi yang benar-benar efektif ditemui.

http://www.infed.org/research/b-actres.htm

0 comments: