oleh Pn. Sakinah
Analisis data merupakan proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan yang menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk di analisis.
Data kualitatif dan kuantitatif boleh di persembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis. Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pertanyaan, bilang dan bandingkan, dan buat anggaran.
Langkah analisis data kualitatif
Langkah pertama
· Tengok secara sepintas lalu maklum balas
· Ambil nota atas tema yang muncul, isu, atau factor yang kamu dengar
· Cari item yang berulang dan penting
Langkah kedua
· Pilih 3 atau 4 tema/ kategori yang utama dan bina matriks
· Cuba buat carta bukti berkaitan tema utama.
· Tempatkan tema kategori di atas senarai pelajar di tepinya.
· Boleh juga menggunakan warna kod untuk setiap kategori berlainan.
Langkah ketiga
· Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
· Baca tinjauan ( soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan tema/kategori yang telah di kenalpasti.
· Seterusnya, rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang di bina.
Langkah keempat
· Tanya (Apa yang telah saya dapat)
· Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matrik
o Pola konsep
o Pola sikap
· Tulis/ rekod pemerhatian bawah matriks ( bawah carta matriks)\
· Cth : 2 org pelajar (siapa yang cakap banyak)
· Sentiasa menyebut takut beberapa kali
· Sokongan bacaan jurnal
Langkah kelima
· Apa kesimpulannya yang boleh kita buat
· Rekodkan kesimpulan samada bwh matriks atas kertas yang berlainan
Langkah keenam
· Tinjauan ( soal selidik lain/ temubual/penilaian)
· Semak semua persoalan kajian
· Bina modul / aktiviti
Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks.
Apakah maklumat yang masih diperlukan
· Atas pelajar
· Atas kaedah
· Maklumat latar belakang untuk tajuk ini
Kegunaan data dalam plan-Do-Study- Act cycle plan.
Plan
Nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
Analisis dan kenalpasti tema utama
Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan.
Do
Kumpul data
Buat kajian rintis untuk memastikan strategi di penuhi
Study
Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan
Act
Kenalpasti soalan tambahan
Rancang untuk penambahbaikan berterusan
Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan. Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tidak perlu risau.
Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran yang seterusnya.
Ringkasan data analisis
Panduan untuk analisis dataRekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
Proses analisis data
0 comments:
Post a Comment