CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Know me..

My photo
'SEKALI MENDIDIK, SELAMANYA MENDIDIK' Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out (Carr and Kemmis 1986: 162).

Tuesday, June 9, 2009

Kuliah 9 : Analisis Data

oleh Pn. Sakinah

Analisis data merupakan proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan yang menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk di analisis.

Data kualitatif dan kuantitatif boleh di persembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis. Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pertanyaan, bilang dan bandingkan, dan buat anggaran.

Langkah analisis data kualitatif

Langkah pertama
· Tengok secara sepintas lalu maklum balas
· Ambil nota atas tema yang muncul, isu, atau factor yang kamu dengar
· Cari item yang berulang dan penting

Langkah kedua
· Pilih 3 atau 4 tema/ kategori yang utama dan bina matriks
· Cuba buat carta bukti berkaitan tema utama.
· Tempatkan tema kategori di atas senarai pelajar di tepinya.
· Boleh juga menggunakan warna kod untuk setiap kategori berlainan.

Langkah ketiga
· Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
· Baca tinjauan ( soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan tema/kategori yang telah di kenalpasti.
· Seterusnya, rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang di bina.


Langkah keempat
· Tanya (Apa yang telah saya dapat)
· Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matrik
o Pola konsep
o Pola sikap
· Tulis/ rekod pemerhatian bawah matriks ( bawah carta matriks)\
· Cth : 2 org pelajar (siapa yang cakap banyak)
· Sentiasa menyebut takut beberapa kali
· Sokongan bacaan jurnal

Langkah kelima
· Apa kesimpulannya yang boleh kita buat
· Rekodkan kesimpulan samada bwh matriks atas kertas yang berlainan

Langkah keenam
· Tinjauan ( soal selidik lain/ temubual/penilaian)
· Semak semua persoalan kajian
· Bina modul / aktiviti

Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks.

Apakah maklumat yang masih diperlukan
· Atas pelajar
· Atas kaedah
· Maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan data dalam plan-Do-Study- Act cycle plan.

Plan
Nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
Analisis dan kenalpasti tema utama
Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan.


Do
Kumpul data
Buat kajian rintis untuk memastikan strategi di penuhi

Study
Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

Act
Kenalpasti soalan tambahan
Rancang untuk penambahbaikan berterusan

Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan. Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tidak perlu risau.
Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran yang seterusnya.

Ringkasan data analisis

Panduan untuk analisis data

  • Rekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
  • Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • Cari tema dan pola.
  • Susun tema dan pola
  • Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong
  • Baca dan baca data lebih daripada sekali
  • Bina imej visual
  • Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • Kongsi dapatan dengan, perbincangan, akan timbul soalan baru
  • Let data speaks to you

    Proses analisis data
  • Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • Cari tema dan pola
  • Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  • Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah di buat
  • Bina sub tema jika perlu
  • Simpan nota secara berterusan
  • Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominon muncul
  • Kenalpasti point utama
  • Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

Kuliah 8

oleh Hjh. Halimah

Kelas bermula dengan sambungan pembentangan oleh setiap kumpulan. Seperti biasa Hjh. Halimah membetulkan serta menambahbaik apa yang kurang dan perlu di beri perhatian. Sesi soal jawab juga telah berlangsung sepanjang kelas tersebut. Pada akhir kelas, kuiz telah di jalankan.

Wednesday, June 3, 2009

Kuliah 7

oleh : Hjh Halimah

Setiap kumpulan yang terpilih akan melakukan pembentangan proposal di hadapan kelas. Selepas pembentangan dilakukan, sesi soal jawab berlangsung mengenai proposal yang telah dibentangkan tadi. Terdapat beberapa pembetulan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Hjh. Halimah. Menurut beliau, prosedur kajian hendaklah ditulis dengan lebih terperinci dan jelas. Pada akhir kuliah, Hjh Halimah meminta untuk mengeluarkan sekeping kertas dan meminta kami menulis luahan hati mengenai apa yang kami fahami tentang kajian tindakan bermula daripada awal kelas kajian tindakan sehingga kuliah pada hari ini.

Sunday, May 31, 2009

Kuliah 6 : Pengumpulan Data

oleh : Pn. Sakinah

3 sebab perlu capai kualiti tinggi
· Tanggungjawab kepada pelajar
· Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
· Keperluan untuk membuat tindakan dan perubahan kepada perkara bermanfaat dengan melakukan kajian tindakan.


Kriteria kualiti
· 2 jenis kriteria iaitu kesahan dan kebolehpercayaan
· Kedua-dua konsep ini kritikal kepada penyelidikan tindakan.

Kesahan/validity
· Merujuk kepada kebenaran data
· Mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Kebolehpercayaan
· Berkaitan dengan ketepatan data
· Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.

Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan kita perlu selalu bertanya :
· Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat?
· Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak ketepatan data.

5 tahap penyelidikan tindakan
1) Mengenalpasti masalah
2) Perancangan tindakan
3) Mengumpul data
4) Analisis data
5) Perancangan untuk tindakan seterusnya.



Mengumpul data.
· Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
· Bagaimana hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat pengumpulan data
· Pemerhatian (video tape)
· Nota guru dan komen
· Kerja pelajar
· Refleksi pelajar & kerja pelajar
· Jurnal pelajar
· Ujian
· Tinjauan dan soal selidik
· Temuduga (Audio tape)


Tugasan
1) Kemaskini proposal pada bahagian pengumpulan data.
2) Minggu depan pelajar akan dipanggil secara rawak untuk melihat perkembangan.

Kuliah 5

oleh : Hjh. Halimah

Pada permulaan kelas kami diminta untuk mengeluarkan sehelai kertas dan menulis maklumat peribadi seperti nama, nombor matrik, kenapa ingin menjadi guru, siapa guru idola dan mengapa, siapa guru yang tidak suka dan mengapa, menyatakan tugas guru dan melukis pokok pada akhir kertas dan di tandatangan. Menurut Hjh. Halimah pokok merupakan cerminan kepada keyakinan dan keteguhan seseorang. Semakin besar batang pokok tersebut dan semakin merimbun daunnya, menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bagi seseorang itu. Beliau juga menerangkan ‘Education is a sharing profession’ apabila mengulas mengenai persoalan ‘mengapa ingin menjadi guru’.
Kami juga dikehendaki membuat tugasan mengenai satu kajian tindakan pada Seminar Serantau yang kami hadiri secara berpasangan. Persoalan yang perlu di jawab adalah Apa, kenapa, bagaimana dan prosedur yang digunakan.

Tajuk : Penerapan Model Pembelajaran Kooperatif Tipe STAD dengan Pendekatan Induktif untuk Meningkatkan Pencapaian Matematika Pelajar Tapung Hilir Kampar, Riau.
Oleh : Putri Yuanita
Susda Heleni
Ahmad Sukardi

Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau.

Kenapa kajian dijalankan?

Kajian ini dijalankan untuk menerapkan model pembelajaran kooperatif tipe STAD dengan pendekatan induktif untuk meningkatkan pencapaian matematik pelajar Sekolah Rendah Tapung Hilir Kampar, Riau. Kajian ini juga bertujuan juntuk memperbaiki proses pembelajaran dan meningkatkan pencapaian matematik.

Bagaimana kajian ini dilakukan?

Kajian ini dilakukan dengan dua cycle dengan memerhatikan setiap pembelajaran.
Hasil kajian

Terdapat peningkatan pencapaian matematik dikalangan pelajar dengan membandingkan sebelum kajian terdapat 16 orang yang mencapai Kriteria Ketuntasan Minimum (KKM), pada cycle pertama 24 orang KKM dan 25 orang pada cycle kedua.

Disediakan bersama :
Noriza Mohammed Jidin
Norhidayu Mohd Naim

Tugasan
Buat Proposal kajian tindakan 5 orang satu kumpulan.
Hantar pada : 28 Mei 2009

Ahli Kumpulan :
Noriza Mohammed Jidin
Nur Baiti Anum Shafiee
Siti Nor Aini Alias
Khairiyah Sejo
Nur Atifah Abd. Wahab

Tajuk Proposal

Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris dengan Menggunakan Kaedah Simulasi Watak ‘Rollplay’ dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chenak, Pasir Mas Kelantan.

Tuesday, May 26, 2009

Journals Review of Action Research

JOURNALS REVIEW
Journal 1 : Action research as a bridge between pre-service teacher education and in-service professional development for
students and teacher educators
Author : Kari Smith and Orly Sela
Year : 2005

Journal 2 : Action research, pedagogy and change: the transformative potential of action research in pre-service teacher education
Author : Jeremy N. Price
Year : 2001

Journal 3 : Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Education
Author : David McConnell
Year : 2002


FOCUS OF STUDY
Journal 1: To improve course of Teacher as Researcher.
Journal 2: Action research study of an action research course.
Journal 3 : Collaborative work and learning experiences of students involved in distributed problem-based learning (dPBL)

Similarity
Journal 1 and 2 are focus on the improvement of the course content.

SAMPLE
Journal 1 : Student teachers of fourth and final year of teacher education.
Journal 2 : Pre-service teachers
Journal 3 : Students from the United Kingdom,
Eire, mainland Europe, South Africa, Hong Kong, Singapore, Japan and Australia

Similarity
Journal 1 and 2 involve pre-service teachers.

SETTING
Journal 1: Final year student
Journal 2 : Teacher candidate, spring
Journal 3 : Area of United Stated


PROCEDURE

Journal 1
• summary of the reflective journal;
 statement of the problem;
 learning about the problem (both from the literature and from the field);
 plan of action;
 documentation of implementation;
 discussion.

Journal 2

 Developing a question or research focus
 Developing a research design
 Analyzing
 Synthesizing
 Interpretations of data.

Journal 3

 Examination of the work of a dPBL group as it occurred online
 Analysis of transcripts of the discussions, debates, activities and shared production.


Similarity
The procedure of the action research of journal 1 and 2 quite same.


DATA COLLECTION

Journal 1
 Documentation of staff meetings
 Personal diaries
 Formal feedback elicited by a 17 item open questionnaire

Journal 2

 Transcripts of audiotapes of classroom conversations
 Questionnaires conducted at the beginning and end of the course
 Action-research journals; the pre-service teachers’ and the students’ writing
(Journals, assignments, e-mail
Correspondence, etc.)
 Informal interviews with teacher candidates
 Videotapes of classroom work
 Documents such as school, district and state policies.

Journal 3

 Observation,
 Ethnography,
 Textual analysis
 In-depth interviews

Similarity
All journals are used questionnaires and observation in their data collection.

Journals Review of Action Research

Journals Review